suria

Lee Min Ho tampil dalam iklan kosmetik, netizen panggil ‘pakcik’ tegur semakin berisi

Lee Min Ho dihina kerana gemuk

PELAKON Korea Selatan iaitu Lee Min Ho dikecam netizen kerana perubahan fizikal pada dirinya.

Aktor K-Drama ini dilihat lebih berisi selepas muncul dalam iklan terbaharu untuk jenama sebuah produk kecantikan.

Menerusi iklan tersebut, Lee Min Ho kelihatan lebih tembam dan gemuk berbanding sebelumnya.

Untitled design (1)

Lee Min Ho semasa mempunyai berat badan ideal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen melontarkan komen menjurus ke arah bodyshaming aktor berkenaan.

"Siapa pak cik ni? Sekarang dia dah nampak tua.

"Berbeza dah sekarang, nampak lebih berisi," komen netizen di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN : Dah tak handsome! Peminat terkejut tengok wajah tembam Lee Min Ho

ARTIKEL BERKAITAN :Hubungan Song Hye Kyo dan Lee Min Ho semakin serius, peminat beri restu

Dalam pada itu, ada juga peminat yang menyalahkan jurukamera kerana tidak merakam dan memilih sudut yang baik.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama bintang K-drama itu dikecam netizen.

Sebelum ini, Min Ho juga pernah ditegur kerana kelihatan lebih tembam dan berisi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain