suria

Han So Hee diganggu lelaki ‘miang’ dalam bas, netizen salahkan baju terlalu menjolok mata

So Hee dilihat tenang ketika diganggu lelaki gatal.

PELAKON Han So Hee diganggu dua lelaki miang ketika menaiki bas menuju ke sebuah destinasi.

Menerusi video yang tular di media sosial, So Hee dilihat merenung ke luar tingkap sambil dirakam oleh rakannya yang duduk di kerusi belakang.

Bagaimanapun dua lelaki yang dipercayai warga asing menganggu aktres berkenaan dengan memanggil dan cuba mendekatinya.

so hee 22

So Hee ketika diganggu lelaki gatal di dalam bas.

Terganggu dengan perkara itu, So Hee hanya menjeling dua lelaki berkenaan sebelum merenung kembali ke luar tingkap.

Perkara itu mengudang rasa tidak senang ramai selain berharap So Hee lebih berhati-hati kelak.

Namun ada yang menyalahkan pakaian So Hee yang dikatakan terlalu menyerlah di tempat awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kutuk tatu Han So Hee nampak murah, pakaian pula tak sesuai majlis

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak tahan tekanan, Han So Hee dan Ryun Jun Yeol berpisah

"Dia sepatutnya dikawal ketat bukan naik bas ke mana-mana.

"Siapa yang tak pandang kalau pakai baju macam itu.

"Dia patut pakai biasa-biasa saja kalau naik bas tapi orang asing itu memang biadap!" antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain