PELAKON asal India iaitu Raama Mehra ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Indonesia atas kesalahan cuba menyeludup keluar haiwan liar. Hasil pemeriksaan oleh Jabatan Kastam Indonesia mendapati Raama menyembunyikan dua ekor burung cenderawasih serta seekor memerang dalam bagasi miliknya. Dua ekor burung tersebut yang merupakan spesis cenderwasih botak Papua dan Paradise Minor juga dikategorikan sebagai antara 11 haiwan yang di bawah pelindungan republik tersebut. Dua spesis cenderawasih yang cuba diseludup Raama. Malah kebenaran untuk membawa keluar haiwan seperti ini hanya boleh dibuat dengan keizinan Presiden Indonesia. Menerusi soal siasat, Raama memberitahu dia tidak mengetahui isi di dalam beg berkenaan dan hanya menjadi orang tengah yang menghantar kiriman seorang rakan dari India. Bagaimanapun hasil siasatan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati Raama sendiri yang membawa bagasi jenis sama sejak tiba di lapangan terbang. ARTIKEL BERKAITAN: Jamie Foxx koma 20 hari angkara pil tidur, hilang ingatan selepas sedar ARTIKEL BERKAITAN: Jaga aset paling berharga, Nick Cannon ambil insurans khas untuk organ sulit Tiga haiwan berkenaan disembunyikan dalam kotak mainan dan ditutup dengan pelbagai barang lain seperti pakaian. Raama kini masih dalam tahan pihak kastam untuk siasatan lanjut. Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda sebanyak RM1.5 juta. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!