suria

Lisa Blackpink dituduh plagiat MV Travis Scott, peminat dakwa perkara biasa

Lisa (kanan) bersama pihak pengurusan masih mengunci mulut.

NAMA anggota Blackpink iaitu Lisa hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini selepas didakwa melakukan plagiat menerusi karya terbaharunya berjudul Rockstar.

Pengarah muzik video terkenal Gabriel Moses mendakwa Lisa telah menciplak salah satu karyanya.

Tidak sekadar menuduh, Gabriel juga menunjukkan persamaan yang terdapat menerusi video muzik arahannya berjudul Fein oleh penyanyi rap Travis Scott.

GM 1

Gabriel kongsi bukti persamaan di dalam video Rockstar.

Menurut Gabriel, pihak pengurusan Lisa pernah menghubunginya untuk menjadikan muzik video Fein sebagai rujukan.

Bagaimanapun dia tidak memberikan sebarang kata putus namun pengurusan Lisa tetap meneruskan perkara itu.

"Mereka menghubungi editor saya untuk mendapat kebenaran dan Fein adalah rujukannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink beli banglo mewah RM19 juta di Beverly Hills

ARTIKEL BERKAITAN: Khabar angin Lisa Blackpink sedang hamil tidak benar, pereka fesyen dedah ukuran pinggang terkini

"Saya tidak memberi keizinan tapi mereka tetap meneruskannya,” katanya.

Selepas dakwaan itu timbul, peminat Lisa tampil membela penyanyi berkenaan dengan mengatakan konsep yang diciplak itu sudah banyak dilakukan dalam karya lain.

Malah mereka juga menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan Lisa yang sehingga kini memilih untuk mengunci mulut.

Sejak dilancarkan pada 27 Jun lalu, muzik video Rockstar berada pada kedudukan nombor tiga dalam senarai sohor kini di YouTube, mengumpul 66 juta tontonan dalam masa lima hari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain