SEBAGAI tanda sayang terhadap isteri tercinta, pempengaruh media sosial Atta Halilintar menghadiahkan 'segunung' wang tunai kepada isterinya iaitu Aurel Hermansyah. Atta, 29, turut mencuri perhatian apabila membentuk wang tersebut sebagai replika beberapa barang seperti beg tangan, sejambak bunga gergasi selain kek 10 tingkat. Hadiah itu juga bersempena sambutan hari jadi Aurel yang ke-26 baru-baru ini. Kejutan Atta buat isteri tercinta. Atta memberitahu dia memberi hadiah wang tunai bagi memudahkan Aurel membeli barang yang diinginkan. Malah jika ada lebih, wang tersebut boleh didermakan kepada golongan memerlukan. "Tahun ini cuma duit saja, kalau beli barang takut ada benda lain diminta. Hadiahnya pun boleh buat sedekah juga," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar kecil hati dengan keluarga, perkahwinan tak dapat restu ibu bapa ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar tamat pengajian sekolah menengah pada usia 30 tahun, luah hasrat sambung belajar dalam bidang undang-undang Atta bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah wang tunai yang dihadiahkan kepada Aurel. Sementara itu, Atta berharap hadiah tersebut sedikit sebanyak dapat membuatkan Aurel lupa kata-kata negatif dilemparkan netizen terhadapnya. "Semoga gembira dengan bunga, beg tangan dan kek. Bahagia terus jangan fikirkan kata-kata orang... Saya di sini bersamamu," katanya lagi. Atta harap Aurel bahagia di sisinya. Sebelum ini Aurel berdepan dengan pelbagai komen negatif dari netizen yang kurang senang dengan tubuh badannya. Malah terdapat juga khabar angin dia bukan menantu pilihan ibu bapa Atta. Untuk rekod, Atta dan Aurel berkahwin pada 2021 dan kini bahagia dengan kehadiran dua orang cahaya mata perempuan iaitu Ameena, 2 dan Azura yang baru berusia enam bulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!