suria

Dah tak tahan sangat, Elton John kencing dalam botol

Elton bertindak membuang air di dalam botol kerana tidak dapat menahan kencing.

PENYANYI legenda Elton John didakwa bertindak membuang air kecil di dalam botol plastik ketika berada di sebuah kedai kasut di Paris pada Isnin lalu.

TMZ melaporkan, Elton, 77, bertindak sedemikian kerana sudah tidak tahan selepas tidak berjumpa tandas awam di pusat beli-belah dikunjunginya.

Pemilik kedai kasut berkenaan dikenali sebagai Ryan Sukkar berkata, Elton meminta sebuah botol plastik lalu berjalan beberapa langkah daripada pelanggan lain sebelum kencing di dalam botol tersebut.

elton2 - 1

Elton (kiri) bersama anak-anaknya di kedai kasut milik Ryan.

Elton turut meminta pengawal peribadinya membersihkan percikan air kencing yang terkena pada bahagian lantai kedai.

Kata Ryan, dia terkejut dan kecewa dengan tindakan biadab penyanyi terkenal itu dan ia pertama kali berlaku sepanjang tiga tahun dia menjalankan perniagaan di situ.

ARTIKEL BERKAITAN: Elton John teruja nama ada dalam lirik lagu BTS

ARTIKEL BERKAITAN: Ed Sheeran nyaris terbunuh Elton John gara-gara insiden baling loceng

Sebelum itu, Ryan memberitahu dia tidak mengenali penyanyi lagu Sorry Seems to be the Hardest Word ini sebelum Elton memperkenalkan dirinya.

Ryan kemudian mencari maklumat di carian enjin internet untuk mengetahui siapakah penyanyi yang datang ke kedainya membeli dua pasang kasut buat anak-anaknya iaitu Zachary, 13, dan Elijah, 11.

Elton sebelum itu merakamkan foto di kedai Ryan sebelum berjabat tangan dan meninggalkan nota penghargaan kepadanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain