suria

Malu anak-anak tahu kena tangkap sebab dadah, Virgoun terpaksa menipu sedang sakit di hospital

Virgoun menipu anak-anak kerana rasa malu.

PENYANYI Virgoun terpaksa berbohong mengatakan dia sedang mendapatkan rawatan di hospital apabila anak-anaknya bertanya keberadaannya.

Ia susulan mereka pelik dengan pakaian seragam dipakai Virgoun ketika membuat panggilan video dengannya yang ketika ini sedang ditahan di sebuah pusat pemulihan dadah.

Bekas isteri Virgoun iaitu Inara Rusli memberitahu dia sedaya upaya cuba menjaga nama baik penyanyi berkenaan dan tidak mahu anak-anak mereka tahu cerita sebenar.

v1

Virgoun tak pernah lupa anak-anaknya.

"Dia ada menghubungi anak-anak tapi pakaian seragam yang dipakainya menjadi perhatian anak-anak.

"Jadi dia terus beritahu yang dia sekarang berada di hospital sebab tidak sihat," katanya.

Masih belum bersedia berkongsi kisah sebenar, Inara berkata, dia mahu menjaga emosi anak-anak mereka memandangkan hubungan mereka dan virgoun sangat rapat.

ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun ambil dadah sebab nak kuruskan badan, berdepan hukuman penjara 4 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mampu lagi tutup kebenaran, bekas isteri sudah cuba jaga nama baik Virgoun

Pada 20 Jun lalu, Virgoun dan seorang wanita ditahan pihak berkuasa di sebuah rumah di Ampera, Jakarta Selatan.

Penyanyi itu ditahan selepas didapati mengambil barang terlarang dan polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 0.2 gram selain alatan menghisap ketika serbuan.

Virgoun dan wanita yang bersamanya turut positif dadah selepas ujian air kencing dilakukan.

2767304

Virgoun ketika ditahan pihak berkuasa kerana pengambilan dadah.

Sabit kesalahan, Virgoun boleh dikenakan hukuman penjara empat tahun mengikut undang-undang berkaitan dadah di Indonesia.

Untuk rekod, Virgoun pernah mendirikan rumah tangga bersama Inara Rusli selama 10 tahun sebelum bercerai tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun.

Sejak itu kehidupan penyanyi berkenaan sering dilanda masalah berpunca daripada tekanan akibat penceraian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain