suria

Tiko Aryawardhana selesai beri keterangan isu seleweng duit, minta jangan kaitkan nama Bunga Citra Lestari

Nama Bunga turut menjadi sebutan susulan kes seleweng duit melibatkan Tiko.

SUAMI kepada penyanyi Bunga Citra Lestari iaitu Tiko Aryawardhana selesai memberi keterangan di Balai Polis Jakarta Selatan pada Khamis berhubung dakwaan menyeleweng wang syarikat yang pernah diusahakan dengan bekas isterinya.

Enggan memberi komen berhubung siasatan dilakukan, Tiko sebaliknya meminta pengamal media tidak mengaitkan nama Bunga dengan kes tersebut.

"Alhamdulillah sudah selesai beri keterangan. Saya ingin ingatkan ini masalah dengan bekas isteri saya. Tiada kaitan dengan BCL (Bunga)," katanya.

tiko 2

Tiko ditemui media selepas selesai beri keterangan.

Tiko dilihat terus berlalu pergi meskipun ramai pengamal media di sana belum sempat bertanya lanjut.

Sementara itu, peguam mewakili Tiko iaitu Irfan Aghasar memaklumkan anak guamnya memberi kerjasama baik dengan pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan.

Segala keterangan yang diberikan itu diharapkan dapat menepis segala dakwaan bekas isteri Tiko iaitu Arina Winarto berhubung salah guna wang syarikat.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Bunga Citra Lestari dituduh gelap wang syarikat RM1.7 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Cemburu motif tuduh suami Bunga Citra Lestari pecah amanah RM1.7 juta, Tiko bakal ambil tindakan terhadap bekas isteri

"Sekitar 40 hingga 50 soalan dan semuanya berkaitan dengan aliran dana syarikat.

"Kami harap keterangan ini menjadi bukti yang baru untuk membantah semua tuduhan dibuat," jelasnya.

Tiko sebelum ini didakwa menggelapkan wang syarikat berjumlah RM1.7 juta yang dialakukan antara tahun 2015 hingga 2021.

tiko 3

Kisah Bunga dan Tiko sering menjadi perhatian ramai.

Tiko dan Arina bercerai pada 28 Oktober 2021 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka memiliki tiga orang cahaya mata bersama.

Tiko kemudian berkahwin dengan Bunga pada 2 Disember tahun di Bali, Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain