suria

Terima hadiah sempena hari jadi ke-45, Gong Yoo sujud atas meja makan tanda penghargaan

Gong Yoo menerima banyak hadiah sempena ulang tahun kelahirannya.

PELAKON Korea Selatan Gong Yoo yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-45 pada 10 Julai lalu menerima pelbagai hadiah dan ucapan daripada peminatnya.

Seperti kebiasaan, pelakon Train To Busan itu menerima puluhan jambangan bunga, kek coklat dan pelbagai lagi hadiah daripada peminat setianya.

Gong Yoo berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran Instagram miliknya pada Khamis.

Reaksi Gong Yoo bersujud sebagai tanda terima kasih.

Reaksi Gong Yoo ketika menerima hadiah daripada peminatnya.

Sebagai tanda terima kasih, Gong Yoo dilihat 'bersujud' di atas meja dengan menunjukkan reaksi gembira.

Tindakan tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peminat yang menganggap ia sebagai tindakan keterlaluan.

ARTIKEL BERKAITAN :Tolong ambil gambar pelancong ketika bercuti di Bali tular, peminat puji sikap rendah diri Gong Yoo

ARTIKEL BERKAITAN : Gong Yoo akhirnya buka akaun IG selepas 20 tahun jadi pelakon, baru 5 jam sudah lebih 500,000 pengikut

"Kenapa perlu sampai bersujud? Boleh sahaja ucap terima kasih.

"Janganlah duduk atas meja makan. Itu kan tempat untuk makan," katanya

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain