suria

Youtuber dedah jadi mangsa dera, bekas kekasih puas kaut RM13.6 juta bunuh diri

Tzuyang dedah menjadi mangsa dera dan peras ugut bekas kekasih.

YOUTUBER terkenal Korea Selatan iaitu Tzu Yang mendedahkan dia menjadi mangsa keganasan dan peras ugut teman lelakinya sendiri.

Tidak tahan dengan perkara itu, Tzu Yang atau Park Jung Won, 27, membuat laporan polis selain mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki berkenaan di mahkamah.

Selain didera secara fizikal dan mental, Tzu Yang mendedahkan bekas teman lelakinya sudah menghabiskan wang miliknya sebanyak KRW4 bilion atau RM13.6 juta sepanjang empat tahun mereka bercinta.

Tzuyang dikenali sebagai Youtuber yang memakan makanan dengan kuantiti luar biasa.

Peguam Youtuber itu dalam satu kenyataan bagaimanapun memberitahu kes itu ditutup selepas lelaki tersebut bertindak mengambil nyawanya sendiri.

Dalam pada itu, Tzu Yang memberitahu dia pernah beberapa kali cuba meninggalkan lelaki tersebut namun dia akan dipukul berulang kali.

Malah mendiang sering mengugut mahu mendedahkan video mereka kepada keluarganya.

"Saya tidak dapat memberitahu sesiapa tentang ancaman itu dan semua wang yang saya perolehi pada masa itu telah dirampas.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan dera anak tak masuk akal, Areum T-ara ada bukti jadi mangsa keganasan suami

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan sudah berakhir, Nikita Mirzani dedah jadi mangsa dera bekas teman lelaki

"Setiap kali saya cuba larikan diri dia akan menggunakan kekerasan sehingga membuatkan saya berasa takut," ujarnya.

Tambah Tzu Yang, bekas teman lelakinya itu akan memukulnya dua kali sehari menggunakan apa sahaja alatan di rumah mereka seperti payung atau penyapu.

Tzu Yang yang mempunyai 10 juta pengikut di YouTube cukup terkenal dengan video mukbang yang menunjukkan dia menikmati hidangan dalam kuantiti yang banyak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain