PIHAK pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Korea Selatan memfailkan saman terhadap agensi keselamatan pelakon Byun Woo Seok atas dakwaan salah guna kuasa. Allkpop melaporkan pasukan keselamatan pelakon drama Lovely Runner itu didakwa menghalang pintu masuk dan tempat pemeriksaan tiket penumpang sehingga menganggu pengguna lain ketika mengiringi Woo Seok pada 12 Julai lalu. Tindakan itu bukan sahaja menganggu penumpang lain tetapi menghalang tugas anggota keselamatan dan pekerja lapangan terbang di dua tempat tersebut sehingga menimbulkan huru-hara. Pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon memfailkan saman terhadap pengawal keselamatan Byun Woo Seok. Pihak polis juga dilaporkan sudah memanggil beberapa orang pengawal keselamatan bagi membantu siasatan kes tersebut. Manakala pihak pengurusan lapangan terbang berkenaan juga sudah memfailkan kes tersebut di mahkamah. Sebelum ini, pihak pengurusan Woo Seok iaitu Baro Entertainment membuat permohonan maaf selepas pengawal keselamatan pelakon itu menyuluh lampu ke arah peminat yang berkumpul di lapangan terbang untuk melihat pelakon itu dari jarak dekat. ARTIKEL BERKAITAN: Sering muat naik foto di lokasi sama, netizen syak Byun Woo Seok ada hubungan istimewa dengan influencer cantik ARTIKEL BERKAITAN: Roowon obses dengan seluar dalam, tapi ada sebab hanya pakai warna hitam Tidak hanya itu, mereka juga didakwa secara paksa memeriksa tiket dan pasport penumpang yang berada di pintu masuk kerana bimbang mereka menyamar demi mendekati Woo Seok. Baro Entertainment juga sudah menggugurkan syarikat keselamatan berkenaan daripada mewakili artis mereka namun tindakan dilakukan terus mendapat kecaman orang ramai. Perkara itu juga menjejaskan reputasi Woo Seok sebagai seorang selebriti. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!