BELUM reda kes melibatkan penyalahgunaan dadah, nama pelakon Yoo Ah In kembali menjadi sebutan susulan dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap seorang lelaki. Susulan itu, Ah In atau nama sebenarnya Uhm Hong Sik, 37, hadir ke Balai Polis Yongsan untuk disoal siasat selepas lelaki berusia 30 tahun tampil membuat laporan berhubung perkara itu. Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku pada 14 Julai lalu di sebuah premis rumah pejabat kecil atau SOHO di daerah sama. Prosiding jatuh hukum kes dadah Ah In didengar pada 3 September depan. Lelaki itu mendakwa pelakon berkenaan melakukan perbuatan itu ketika mereka berada di premis tersebut di antara pukul 6 pagi hingga 4 petang. Pihak berkuasa turut menjalankan siasatan bagi mendapatkan pengesahan sekiranya perbuatan tersebut dilakukan ketika Ah In di bawah pengaruh dadah. Tampil menjawab dakwaan tersebut, peguam pelakon berkenaan menafikan segala tuduhan dibuat lelaki tersebut dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi. ARTIKEL BERKAITAN: Dihukum penjara kerana terlibat dadah... Yoo Ah In menyesal, berjanji jadi manusia berguna ARTIKEL BERKAITAN: Tak hadir siasatan, Yoo Ah In enggan turun kereta kerana ramai wartawan... Polis bakal keluar waran tangkap "Dakwaan tentang Yoo Ah In baru-baru ini sama sekali tidak benar. Minta kepada mereka yang menyebarkan spekulasi tentang isu tersebut menghentikannya," kata wakil peguam. Pada 24 Julai lalu, pihak pendakwaraya memohon Ah In dipenjara empat tahun berserta denda sebanyak 2 juta Won atau RM7,000 atas beberapa kesalahan penyalahgunaan dadah di antara tahun 2020 hingga 2022. Prosiding jatuh hukum kes berkenaan akan didengar pada 3 September depan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!