suria

Salman Khan jadi sasaran bunuh kumpulan gangster, beli kenderaan kalis peluru demi keselamatan

Pergerakan Salman menjadi perhatian kumpulan gangster.

PELAKON Salman Khan mendakwa menjadi sasaran kumpulan gangster diketuai oleh Lawrence Bishnoi susulan kemelut yang berlaku di antara mereka sejak dua tahun lalu.

Dalam satu laporan polis setebal 1,735 muka surat, Salman, 59, mendakwa Lawrence cuba membunuhnya dengan bantuan konco-konco kumpulan gangster tersebut.

Tidak hanya dia, Salman memberitahu ahli keluarganya juga turut menjadi sasaran malah Lawrence mengugut mahu membunuh mereka.

Salman banyak kali menerima ugutan.

"Lawrence dan ahli kumpulannya pernah berkata mahu membunuh saya termasuk ahli keluarga.

"Saya percaya kejadian tembakan di rumah saya sebelum ini kerja kumpulan berkenaan sebab mereka rancang membunuh keluarga saya," katanya.

Laporan tersebut dibuat susulan insiden tembakan yang berlaku di rumah di Pangsapuri Galaxy, Mumbai pada April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tembakan sekadar amaran buat Salman Khan, polis berjaya berkas 2 suspek

ARTIKEL BERKAITAN: Gangster tuntut Salman Khan mohon maaf kes pemburuan haram, tanggung akibat jika berdegil

Ahli keluarga Lawrence kemudian mengesahkan serangan tersebut dirancang oleh pihak mereka.

Salman sebelum ini sudah beberapa kali menerima ugutan sehingga dia kini mendapat pengawasan pihak berkuasa.

Malah pelakon ini juga membeli sebuah kenderaan khas kalis peluru bagi tujuan keselamatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain