suria

Celine Dion bakal muncul di pembukaan Olimpik Paris 2024, persembahan pertama selepas derita ‘stiff person syndrome’

Celine bakal membuat persembahan di majlis pembukaan Olimpik Paris 2024.

PENYANYI Celine Dion dilaporkan bakal mengadakan persembahan istimewa di majlis pembukaan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.

Ia adalah kemunculan pertama penyanyi berusia 56 tahun itu selepas dua tahun mendedahkan dia menderita penyakit sindrom orang kaku atau stiff person syndrome.

TMZ melaporkan Celine menerima bayaran sebanyak AS2 juta atau RM9.34 juta bagi mengadakan persembahan dan sudah pun tidak di Paris, Perancis sejak Isnin lalu untuk melakukan persediaan.

Celine sudah tiba di Paris pada Isnin lalu.

Celine sudah tiba di Paris pada Isnin lalu.

Bagaimanapun masih tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat berhubung perkara itu walaupun Presiden Perancis, Emmanuel Macron memberitahu teruja menantikan persembahan Celine.

Sebelum ini, Celine pernah meluahkan rasa rindu untuk beraksi kembali di pentas hiburan walaupun simptom penyakit yang dihadapi dilaporkan tidak mungkin dapat dikawal.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun derita sindrom orang kaku, kakak dedah kesihatan Celine Dion makin merosot

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil dos ubat berlebihan, Celine Dion nyaris maut

Kata Celine, tidak mudah baginya untuk melawan penyakit autoimun ini namun percaya dia mampu untuk membuat persembahan nyanyian semula.

"Saya cuba untuk mengatasi gangguan autoimun ini dan ia merupakan satu pengalaman paling sukar dalam hidup saya.

"Saya tetap berazam satu hari nanti akan kembali semula ke pentas dan menjalani hidup seperti biasa," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain