suria

Lucinta Luna keliru nak pakai telekung atau kain pelikat ketika solat, tindakan tukar jantina penyesalan luar biasa

Lucinta menyesal tukar alat kelamin, keliru pakaian yang sesuai untuk tunaikan solat.

PERSONALITI media sosial sensasi Indonesia Lucinta Luna menyesal dengan keputusan membuang alat kelaminnya sehingga membuatkan dia keliru dalam menunaikan solat.

Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fattah, 35, berkata, dia keliru sama ada perlu menutup aurat dengan memakai telekung atau berkain pelikat.

"Saya sedar tentang diri saya tetapi ini adalah penyesalan saya yang luar biasa.

"Kalau solat pun kadang-kadang jadi keliru... Sama ada nak pakai telekung atau kain pelikat sahaja," katanya.

size NP 1 - 2024-07-25T102448.546

Lucinta menyesal tukar alat kelamin kerana keliru bagaimana mahu tunaikan solat.

Lucinta meluahkan perkara itu ketika muncul dalam siaran sebuah podcast di Indonesia.

Dalam pada itu, Lucinta berkata dia pernah menyuarakan perkara itu kepada seorang ustaz ketika menjalani hukuman penjara empat tahun lalu.

Katanya Lucinta, ustaz berkenaan memintanya memakai pakaian bersesuaian dan mereka tidak berhak menghakiminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna dedah ‘tidur’ dengan 28 pelakon terkenal Indonesia, menyesal buat pembedahan buang zakar

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna trauma dengan lelaki, sedar hanya ‘alat’ demi kepentingan diri

"Ustaz kata sebab saya sudah jadi 'bentuk' macam ini, dia tak boleh menilai saya kerana kita sama-sama manusia.

"Jadi dia minta saya pakai pakaian yang bersesuaian untuk menghadap Tuhan.

"Ustaz minta saya bercakap dengan Allah kerana Dia maha mendengar dan hanya Allah dapat menghakimi saya dan bukannya manusia," katanya.

Untuk rekod, Lucinta pernah ditangkap dan dipenjarakan pada Februari 2020 selama setahun kerana kes penyalahgunaan dadah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain