suria

Individu muat naik kredit filem ‘Deadpool & Wolverine’, papar nama Jennie Blackpink sebagai pelakon

Nama Jennie terpapar dalam kredit filem Deadpool & Wolverine.

KECOH di media sosial apabila terdapat desas-desus yang mengatakan penyanyi Jennie Blackpink membuat penampilan khas dalam filem Marvel yang akan datang iaitu Deadpool & Wolverine.

Allkpop melaporkan, khabar angin itu mula tercetus apabila kredit akhir filem berkenaan memaparkan nama Jennie membawa watak sebagai Deadpool Korea.

Bagaimanapun, segelintir netizen menyifatkan khabar angin itu adalah satu penipuan kerana nama yang dipaparkan bukan menggunakan nama komersil yang digunakan dalam bidang lakonan iaitu Jennie Ruby Jane.

Jennie menjadi bualan netizen apabila namanya tular dalam kredit filem Deadpool & Wolverine.

"Tak mungkinlah, ini mungkin berita palsu.

"Dia tidak sepatutnya menggunakan nama kumpulan nyanyiannya dalam filem," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat kecewa Jennie dah pandai hisap vape, pihak pengurusan tampil mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Murahnya hati Jennie Blackpink, bagi sumbangan RM350,000 untuk pelajar sekolah di Korea

Dalam pada itu, sebuah lagi video tular di media sosial dan kali ini lebih jelas menunjukkan kredit akhir yang memaparkan nama penyanyi berkenaan dimuat naik oleh seorang individu yang telah menghadiri tayangan perdana filem tersebut.

Pun begitu difahamkan hantaran video yang dimuat naik itu sudah pun dipadamkan. Sehingga kini belum ada sebarang kenyataan rasmi untuk menjawab kesahihan khabar angin tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain