ISTERI kepada penyanyi Justin Bieber iaitu Hailey mendedahkan dia ada menerima cincin baharu pemberian suaminya selepas disahkan hamil. Hailey Bieber berkata awalnya dia enggan berkongsi perkara itu kepada umum namun menyedari cincin digayakan itu menjadi perbualan ramai. Menurut Hailey, Justin menaik taraf kualiti cincin berkenaan yang merupakan asalnya adalah cincin pertunangan mereka. Cincin berlian Hailey sebelum ditukar yang baharu. "Saya dengar pelbagai khabar angin mengenai cincin saya. Saya tak suka mendengarnya. "Cincin saya cuma satu karat lebih besar daripada sebelum ini (cincin tunang)," katanya ringkas. Cincin itu menampilkan berlian berbentuk bujur besar yang dianggarkan 6 hingga 10 karat. ARTIKEL BERKAITAN: Beri bayangan bakal timang anak perempuan, netizen minta Hailey Bieber pilih nama Emory ARTIKEL BERKAITAN: Terbuka kongsi perjalanan kehamilan, Hailey Bieber mengidam makanan pedas Menurut Hailey, cincin itu direka sendiri oleh Justin selain dibantu tukang berlian bagi memastikan ia sesuai untuk dirinya. Sebelum ini, cincin berlian milik Hailey itu menjadi perhatian ketika memberi bayangan dirinya bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Ia ekoran Hailey memuat naik foto kuku tangannya yang dihiasi pelekat bunga sakura sekali gus menampakkan cincin berliannya. Hailey dan Justin teruja bakal timang cahaya mata pertama. Pada 10 Mei lalu, Justin berkongsi khabar gembira apabila isterinya kini sedang hamil enam bulan. Pasangan ini turut memuat naik video romantis mereka berdua memperbaharui ikrar perkahwinan selepas enam tahun berkahwin. Untuk rekod Justin dan Hailey berkahwin pada September 2018 di New York, Amerika Syarikat selepas dua bulan bertunang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!