TIDAK letih berperang mulut dengan netizen, pelakon Rizky Billar sekali lagi bengang apabila ada pihak menghinanya miskin kerana masih menyewa rumah. Bukan itu sahaja, Rizky turut didakwa tidak mampu menyediakan keperluan asas untuk Lesti Kejora sehingga berat badan isterinya itu dikatakan semakin menyusut. Meluat dengan kecaman, Rizky menjelaskan yang dia terpaksa menyewa rumah kerana isterinya enggan berpindah ke kediaman baharu. Rizky kongsi bukti pembelian tanah di InstaStory miliknya. Malah, pelakon itu turut berkongsi dokumen pemilikan tanah seluas 1300 meter persegi yang dibeli pada 2022 sebagai bukti kekayaannya. "Kasihan betul siapa yang sebar fitnah. Kalau Lesti nak tinggal kat rumah yang saya beli lepas kami kahwin, tak perlu saya susah-susah sewa rumah! "Sewa rumah sekali pun, kami dah ada tanah sendiri seluas 1300 meter persegi di Jakarta Selatan. Saya beli tunai lagi! "Baru-baru ini, saya beli villa pula di Bali tapi masih dalam proses," katanya menerusi hantaran di InstaStory miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar naik angin, bengang abang ipar dituduh menganggur dan menumpang rumah Lesti Kejora ARTIKEL BERKAITAN: Terfikir tambah cahaya mata... Lesti dan Rizky Billar tukar nama anak pertama elak cemburu Sementara itu, netizen di media sosial menyelar tindakan Rizky bergaduh dengan netizen malah ada menyifatkan pelakon itu sengaja menunjukkan kekayaan yang dimiliki. "Tak matang betul Rizky ini, dia saja artis yang tak habis-habis bergaduh dengan netizen. "Sebenarnya dia sengaja nak berlagak dengan orang yang dia ada tanah dan villa, tak ada siapa kisah pun!" komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!