PENAMPILAN Mahalini selepas melakukan beberapa pembedahan pada wajahnya masih menjadi bualan hangat netizen dan kali ini penyanyi berkenaan dikatakan mirip seperti Lucinta Luna. Menerusi rakaman video yang tular di aplikasi TikTok, peminat hampir tidak mengenali penyanyi lagu Sial itu kerana perubahan wajah yang ketara terutamanya di bahagian mata dan hidung. Kata pengguna akaun berkenaan, jika penyanyi itu tidak memperkenalkan dirinya, sudah pasti netizen tidak menganggap Mahalini adalah perempuan yang baharu pulang daripada menjalani pembedahan kelopak mata. Peminat kecewa dengan keputusan Mahalini melakukan pembedahan plastik mengubah bentuk wajah. Malah lebih teruk lagi apabila ada yang menggelarkan perubahan Mahalini kini mempunyai iras seperti pempengaruh media sosial homoseksual iaitu Lucinta Luna. "Kalau dia (Mahalini) tidak memperkenalkan diri mungkin saya fikir dia adalah perempuan yang baru selesai melakukan pembedahan kelopak mata. "Sekali pandang macam Lucinta Luna," tulis netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Muncul buat pertama kali selepas pembedahan hidung, peminat hampir tak kenal Mahalini ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tegur perubahan selepas bedah hidung, Mahalini nampak canggung dan tak mesra Pada Jun lalu, Mahalini dilaporkan telah menjalani pembedahan mengubah wajah termasuk di bahagian hidung, kelopak mata dan bibir di Korea Selatan. Perubahan tersebut mengejutkan peminatnya selain menganggap dia bukan Mahalini yang sebenar. Rata-rata mereka meluahkan rasa rindu terhadap wajah lama Mahalini yang lebih cantik dan semula jadi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!