ANGGOTA kumpulan BTS iaitu V dikecam peminat selepas didakwa bersikap tidak sensitif terhadap isu kekejaman terhadap rakyat Palestin. Kemarahan peminat timbul selepas V atau Kim Tae Hyung memuat naik foto dia memegang bekas kentang goreng jenama McDonalds. Peminat mempersoalkan tindakan tersebut dan menganggap penyanyi itu tidak mempunyai hati nurani terhadap kekejaman zionis terhadap Palestin. Netizen tuduh V tak peka keadaan semasa. Malah ada menganggap V sengaja memuat naik foto tersebut bagi menyatakan secara tidak langsung sokongan terhadap Israel. Bagaimanapun, V menutup ruangan komen hantaran tersebut bagi mengelakkan dirinya terus dikecam peminat. Rata-rata peminatnya meminta penyanyi berkenaan memadam foto berkenaan selain memohon maaf terbuka. Malah peminatnya di laman X pula menulis surat terbuka kepada penyanyi berkenaan yang turut memaparkan kesedihan mangsa-mangsa di Palestin. ARTIKEL BERKAITAN: V BTS nampak makin sado sejak masuk kem tentera, peminat kagum puji lebih kacak ARTIKEL BERAKITAN: Askar dedah ada syarat nak dapat tandatangan V BTS, kalau salah kena halau "Mohon maaf dan padam hantaran ini! Tolong ada kesedaran mengenai isu ini. Kami harap awak menyokong kemanusiaan. "Kami harap awak prihatin dengan apa yang berlaku di Palestin! Jangan kecewakan kami," antara komen netizen. Namun, V seakan tidak mempedulikan kecaman peminatnya selain tidak memadam hantaran tersebut. Jenama makanan segera popular itu mula diboikot yang menjadi antara penyumbang kepada Israel. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!