KEJADIAN yang melukakan hati menjadi punca anak Brad Pitt iaitu Shiloh Jolie Pitt memfailkan permohonan menggugurkan nama keluarga aktor terkenal itu. Peguam Shiloh iaitu Peter Levine bagaimanapun enggan mendedahkan insiden sebenar di antara bapa dan anak itu sehingga menyebabkan remaja berkenaan bertindak sedemikian. "Dia bebas buat keputusan itu selepas melalui peristiwa yang menyakitkan," katanya. Angelina Jolie bersama lima orang anaknya. Dalam pada itu, Peter menjelaskan Shiloh tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai permohonan yang dibuat secara terbuka. Dakwa Peter terdapat pihak yang tidak amanah yang mendedahkan perkara tersebut kepada pihak media. Shiloh secara rasmi membuat permohonan menggugurkan ‘Pitt’ daripada namanya pada 27 Mei lalu bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-18. ARTIKEL BERKAITAN: Anak perempuan Angelina Jolie fail permohonan tukar nama, enggan dikaitkan dengan Brad Pitt ARTIKEL BERKAITAN: Angelina Jolie tak suka tinggal di Los Angeles, bercadang pindah Kemboja... “Hollywood bukan tempat sihat” Selain Shiloh, dua anak angkat pasangan itu, Zahara Jolie-Pitt, 19, dan Maddox Jolie-Pitt, 22, turut menggugurkan nama keluarga bapa mereka. Bagaimanapun mereka tidak memfailkan penukaran nama secara rasmi seperti dilakukan Shiloh. Angelina dan Brad mendirikan rumah tangga pada 2014 namun perkahwinan itu hanya bertahan selama lima tahun sebelum mereka bercerai. Pasangan itu turut mempunyai cahaya mata Pax Thien Jolie-Pitt, 20, Vivienne Jolie-Pitt dan Knox Jolie-Pitt, 15, Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!