suria

Menyesal cacah tatu celak, Han Ye Seul menangis jalani prosedur laser 

Ye-seul berkongsi keadaan matanya yang sembab selepas prosedur laser.

PELBAGAI trend kecantikan pelik diperkenalkan oleh selebriti Korea Selatan termasuklah mencacah tatu celak pada bahagian mata.

Bagaimanapun ramai menyesal mengikut trend tersebut memandangkan tatu bersifat kekal dan sukar untuk dibuang.

Pelakon Han Ye Seul juga meluahkan rasa menyesal melakukan trend itu sehingga terpaksa menjalani prosedur laser bagi membuang tatu tersebut.

Copy of Untitled - 2024-07-22T171547.925

Ye-seul mengakui prosedur laser tersebut menyakitkan.

Ye Seul berkata proses membuang tatu bukan proses mudah malah terpaksa menanggung kesakitan demi mengembalikan bentuk matanya kepada asal.

"Saya buang tatu celak saya hari ini, sekarang mata saya akan nampak lagi cantik.

"Saya menangis sepanjang prosedur sebab sakit sangat, tahap kesakitan adalah 10," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal berkahwin dengan YouTuber Shim Soep, Bae Seul akui kehidupanya lebih tenang

ARTIKEL BERKAITAN: G.O (MBLAQ) Sah Bercinta Dengan Choi Ye Seul

Ye Seul berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory memaparkan keadaan matanya yang sembab selepas melakukan laser.

Sementara itu, netizen menyokong tindakan Ye Seul malah ada memuji pelakon itu kini kelihatan lebih cantik tanpa tatu.

"Ye Seul nampak makin cantik tanpa tatu celak, baru terserlah kecantikan dia," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain