TARIKH 18 Julai menjadi titik hitam buat pelakon popular Indonesia iaitu Jennifer Coppen apabila suami tersayang pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya. Bagi mengabdikan kenangan sepanjang bergelar suami isteri, Jennifer, 23, mengambil sebahagian abu mayat suaminya iaitu Dali Wassink untuk disimpan di dalam loket rantai miliknya. Kata Jennifer, cara itu membolehkan dia sentiasa bersama Dali dan tetap menjadi sebahagian daripada hidupnya. "Abu papa Dali ada di sini. Awak akan terus menjadi sebahagian daripada hidup saya. Jennifer banyak berkongsi kenangan selepas kematian suami. "Saya akan pakai rantai ini dan bawa awak ke mana sahaja saya pergi," katanya. Jennifer berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya berserta foto rantai berkenaan. Dalam beberapa perkongsian lain, Jennifer memberitahu sukar baginya menerima kenyataan kehilangan suami dalam sekelip mata. ARTIKEL BERKAITAN: Inul Daratista keluar rumah bawa duit ‘juta-juta’, buat sedekah kalau jumpa orang susah ARTIKEL BERKAITAN: Peluk peminat basah kuyup, penyanyi Brazil maut kena renjatan elektrik Katanya, tabiat Dali gemar merakam video dirinya sendiri menggunakan telefonnya menjadi kenangan indah setiap kali timbul rasa rindu. "Terima kasih sebab selalu rakam video diri sendiri dalam telefon bimbit saya. Rindu senyuman kamu sayang," ujarnya. Dali maut pada Khamis lalu akibat kemalangan jalan raya. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu dan memiliki seorang anak perempuan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!