suria

Peluk peminat basah kuyup, penyanyi Brazil maut kena renjatan elektrik

Ayres meninggal dunia ketika membuat persembahan.

PENYANYI asal Brazil, Ayres Sasaki maut ketika sedang asyik menghiburkan peminat di sebuah hotel pada 13 Julai lalu.

Ayres, 35, dilaporkan meninggal dunia disebabkan terkena renjatan elektrik selepas dia memeluk seorang peminat yang hadir menyaksikan persembahannya.

Penyanyi berkenaan sebelum itu turun ke bawah pentas untuk memeluk peminatnya yang ketika itu dalam keadaan basah kuyup dipercayai akibat berpeluh.

ayres 2

Keluarga Ayres minta saksi kejadian bantu beri kenyataan.

Pelukan itu menyebabkan berlakunya renjatan elektrik daripada kabel yang berada di atas pentas sebelum Ayres rebah tidak sedarkan diri.

Pihak polis bagaimanapun masih dalam siasatan sama ada peminat berkenaan sengaja memeluk Ayres dalam keadaan dia sedang basah kuyup atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan gaya hidup glamor isteri didakwa jadi punca hubungan Ben Affleck dan Jennifer Lopez mula renggang

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Jae Joong kena cium ketika sedang tidur, peminat fanatik berani ceroboh rumah

Sementara itu keluarga juga meminta mana-mana saksi kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Pihak hotel selaku penganjur majlis juga dalam satu kenyataan memberitahu pihak mereka sedia memberi kerjasama berhubung kejadian tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain