suria

Jun Jin (Shinhwa) dilayan macam bayi, merajuk kalau isteri terlupa pakaikan spender dan sapu losyen selepas mandi

Jun Jin dan isteri ada cara kekal hubungan romantis.

SEJAK mendirikan rumah tangga empat tahun lalu, penyanyi Jun Jin mendedahkan dia mendapat layanan seperti seorang bayi daripada isteri tercinta.

Jun Jin mendedahkan isterinya iaitu Ryu Yi Seo akan memakaikan seluar dalam untuknya setiap kali selepas dia mandi.

Malah cerita anggota kumpulan Shinhwa itu, Yi Seo juga akan menyapu losyen ke seluruh badannya sebelum memakaikan dia seluar dalam.

"Sejak berkahwin saya dah tak boleh pakai seluar dalam sendiri... Selesai sahaja mandi, isteri saya akan pakaikan spender untuk saya.

jun jin 2

Ramai kagum dengan cara layanan isteri Jun Jin.

"Dia juga sapukan losyen ke seluruh badan sebelum pakaikan seluar dalam. Isteri melayan saya seperti seorang bayi dan dia suka lakukan semua itu," katanya.

Dalam pada itu, Jun Jin berkata, walaupun ada menganggap perkara itu sebagai pelik namun menyifatkan apa dilakukan Yi Seo adalah cara mengeratkan hubungan mereka sebagai suami isteri.

Kata Jun Jin, dia sendiri sudah terbiasa dengan rutin isterinya malah akan merajuk jika Yi Seo terlupa memakaikan dia seluar dalam.

"Ada masa-masanya saya juga akan berlagak seperti bayi dan mengikut semua permintaannya seperti mengangkat kaki ketika memakai seluar dalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Jae Joong kena cium ketika sedang tidur, peminat fanatik berani ceroboh rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Produksi belum buat bayaran, pelakon mahu boikot promosi drama ‘Perfect Family’

"Jika isteri terlupa sapu losyen dan pakaikan seluar dalam, saya akan keluar bilik dan buat muka merajuk. Dia kemudian meminta maaf," ujarnya.

Tidak hanya dimanjakan, Jun Jin memberitahu dia sebagai suami turut memainkan peranan dalam memastikan isterinya juga rasa disayangi.

Kata Jun Jin, biasanya dia akan membawa watak seperti pekerja salon untuk mencuci rambut isterinya sebagai pengikat kasih sayang.

"Sekarang juga saya selalu memakai baju seperti tukang cuci rambut dan melayan dia di rumah. Ia bagaikan satu hobi baru untuk tunjukkan rasa sayang antara kami," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain