BERBAKI beberapa hari lagi YouTuber berasal dari Indonesia iaitu Thariq Halilintar dan pasangannya, Aaliyah Massaid bakal mendirikan rumah tangga. Perkara itu didedahkan sendiri oleh pengacara Raffi Ahmad ketika menemu bual pasangan itu menerusi satu rakaman video di aplikasi TikTok. "Pejam celik pejam celik kita akan menuju ke hari pernikahan Althor (panggilan Aaliyah dan Thoriq)," katanya. Raffi meluahkan hasratnya itu menerusi hantaran video di TikTok. Dalam pada itu, Raffi sempat menawarkan diri menjadi pengacara majlis perkahwinan pasangan itu. Meskipun hadir sebagai tetamu, Raffi tidak keberatan untuk mengacarakan majlis berkenaan. "Saya jadi emcee boleh kan? Saya emcee tetapi hadir sebagai tetamu saja. ARTIKEL BERKAITAN: Harga kesetiaan terbayar, Raffi Ahmad tanggung kos perkahwinan pekerja... Siap bagi hadiah pakej umrah ARTIKEL BERKAITAN: Bertunang depan foto arwah bapa, Thariq Halilintar mahu jadi kekasih ‘terakhir’ Aaliyah Massaid "Doakan pernikahan Althor lancar," ujarnya. Sebelum ini, Thariq berkongsi momen di Instagram sudah melamar kekasihnya itu pada 15 Mei lalu. Pasangan tersebut kemudian melangsungkan majlis pertunangan di The Manor Andara, Jawa Barat pada 23 Jun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!