TIADA perkahwinan dalam dunia ini yang tidak diuji, begitu juga dengan pasangan selebriti Ben Affleck dan Jennifer Lopez. Meskipun pernah menyifatkan Jennifer sebagai wanita idamannya, Ben didakwa hidup terseksa dek kerana populariti yang dimiliki isterinya itu. Page Six melaporkan perbezaan gaya hidup punca Ben semakin menjauhkan diri, malah aktor itu tidak selesa menerima perhatian melampau selepas berkahwin dengan Jennifer. Ben tidak sanggup hidup dalam populariti yang dimiliki Jennifer. "Ben tak tahan dengan gaya hidup Jennifer yang penuh glamour. Ben sedih tapi dia rasa itu yang terbaik," katanya. Menurut sumber juga, sikap Jennifer yang tidak pandai mengasingkan kerja dan kehidupan peribadi membuatkan Ben semakin meluat. Mana tidaknya, penyanyi itu sentiasa ditemani kenalan rapatnya termasuklah juruvideo, jurugambar, dan pembantu peribadi. "Jennifer ada team yang ramai ikut dia setiap hari, dia cuba buat Ben faham yang menjadi Jennifer Lopez adalah sebuah pekerjaan. ARTIKEL BERKAITAN: Belum bercerai, Jennifer Lopez dan Ben Affleck mula jalani kehidupan solo ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Lopez pergi bercuti seorang diri, timbul spekulasi sudah bercerai dengan Ben Affleck "Dia adalah sebuah jenama. Berbeza dengan Ben, dia boleh tinggalkan kerja bila-bila masa demi keluarga," ujarnya. Sebelum ini timbul dakwaan apabila Ben dan Jennifer bakal bercerai apabila mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung, malah Jennifer turut dilaporkan bercuti ke Itali tanpa kehadiran suaminya itu. Untuk rekod Ben dan Jennifer mendirikan rumah tangga pada tahun 2022 selepas setahun kembali bercinta. Pasangan ini juga pernah menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun 2000 sebelum membatalkan perkahwinan pada tahun 2003. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!