suria

Kim Jae Joong kena cium ketika sedang tidur, peminat fanatik berani ceroboh rumah

Kim Jaejoong kena cium

PENYANYI Kim Jae Joong berkongsi situasi mencemaskan apabila rumahnya diceroboh masuk oleh peminat fanatik pada waktu malam.

Jae Joong, 31, berkata semasa kejadian dia terkejut apabila peminat berkenaan bertindak berani memegang tangannya tanpa meminta izin terlebih dahulu.

553

Ada peminat ceroboh masuk rumah dan mencium dirinya.

Bukan itu sahaja, peminat wanita berkenaan turut melakukan perkara kurang sopan dengan menciumnya.

"Bukan saja pegang tangan, tetapi dia berani mencium saya sewaktu sedang tidur," kata Jaejoong.

ARTIKEL BERKAITAN: Produksi belum buat bayaran, pelakon mahu boikot promosi drama ‘Perfect Family’

ARTIKEL BERKAITAN: Nam Yoon Soo dipuji peminat, derma buah pinggang kepada bapa

Meskipun pada mulanya Jaejoong beranggapan itu hanya ilusi namun tanggapannya meleset apabila terkejut terlihat wanita tersebut sudah berada di atas tubuhnya.

Difahamkan, sewaktu kejadian penyanyi itu berseorangan di rumah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain