suria

Produksi belum buat bayaran, pelakon mahu boikot promosi drama ‘Perfect Family’

Pelakon Perfect Family tak terima bayaran.

KETIKA penonton teruja menantikan drama bersiri berjudul Perfect Family ditayangkan, timbul dakwaan mengatakan syarikat produksi masih belum membuat sebarang bayaran kepada semua pelakon.

Menyangkal tuduhan tersebut, syarikat produksi Victori Content sebaliknya menjelaskan sudah melunaskan semua baki bayaran kepada semua yang terbabit.

Untitled design (11)

Barisan pelakon drama Perfect Family.

"Bayaran semua pelakon sudah pun dibayar dan tiada bayaran tertunggak daripada pihak produksi," jelas wakil syarikat tersebut.

Bagaimanapun, barisan pelakon Perfect Family mendakwa sebaliknya malah sehingga kini tiada khabar berita soal pembayaran gaji.

Malah kesemua barisan pelakon drama berkenaan dikatakan sudah membuat pakatan untuk tidak menyertai sebarang aktiviti promosi sekiranya pihak produksi tidak melunaskan bayaran.

ARTIKEL BERKAITAN : Nam Yoon Soo dipuji peminat, derma buah pinggang kepada bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tegur makin kurus... PSY sedih baca komen peminat, terus tak berhenti makan

Perfect Family dijangka ditayangkan pada 14 Ogos depan.

Drama kekeluargaan ini dibintangi oleh Kim Byung Chul, Yoon Se Ah, Kim Young Dae, Park Ju Hyun, Lee si Woo dan Kim Do Hyun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain