suria

Adele umum rehat panjang, ‘tangki’ kosong tiada lagu baharu

Adele beri gambaran tidak akan keluarkan lagu baharu dalam masa terdekat.

SELEPAS album berjudul 30 yang dilancarkan pada 2021, penyanyi Adele tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan karya baharu.

Malah kata Adele, 36, dia mahu mengambil tempoh rehat dari melakukan sebarang aktiviti melibatkan karier muzik selepas persembahan residen di Las Vegas tahun ini tamat.

Menerusi satu temu bual, penyanyi asal United Kingdom ini juga memberi gambaran dia tidak sudah lama tidak menulis atau menggubah sebarang lagu baharu.

adele 2

Adele kini fokus tamatkan jadual persembahan di Las Vegas.

"Saya langsung tiada perancangan untuk lagu baharu. 'Tangki' saya kosong sekarang ini.

"Saya mahu merehat panjang dan melakukan perkara lain buat seketika," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah banyak kali batal saat akhir, tiket konsert Adele di Jerman tak laku

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar sedang bermuram jadi bahan jenaka, Adele tak suka jadi terkenal

Bukan itu sahaja, penyanyi Easy On Me ini juga secara berseloroh mendedahkan dia sudah lama tidak berlatih menyanyi di rumah seperti kebiasaan dilakukan sebelum ini.

"Pelik juga sekarang ini saya tidak lagi menyanyi di rumah," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain