suria

Nyanyi ‘Kasih’ di Malaysia tanpa izin, Hetty Koes Endang berdepan hukuman penjara dan denda RM150,000

Hetty didakwa melakukan pelanggaran hak cipta lagu kasih pada Konsert Satu Suara Jilid 2 di Malaysia.

PENYANYI Hetty Koes Endang berdepan saman sebanyak RM150,000 daripada komposer Richard Kyoto atas dakwaan melanggar hak cipta lagu ciptaannya iaitu Kasih.

Hetty, 67, didakwa melakukan kesalahan tersebut pada Konsert Satu Suara Volume 2 yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada November 2015.

Richard mendakwa penyanyi legenda Indonesia itu bukan sahaja tidak mendapat keizinan menyanyikan lagu tersebut tetapi menukar lirik pada konsert berkenaan.

size NP 1 - 2024-07-17T122752.596

Richard dan peguamnya ketika sidang media yang dilakukan pada Selasa.

"Lirik aslinya, 'kasih, percayalah kepada diriku, hidup matiku hanyalah untukmu' tetapi diubah menjadi 'kasih percayalah kepada diriku, kasih sayangku hanyalah untukmu'.

"Jadi 'hidup matiku' diubah menjadi 'kasih sayangku'," katanya.

Tidak hanya itu, Richard mendakwa persembahan lagu berkenaan juga dicetak dalam bentuk DVD dan dijual secara komersial menerusi label Siti Nurhaliza Production dan Universal Music Malaysia.

Apa lebih menyedihkan, kredit nama pencipta lagu ditukar kepada Datuk Mohamad Nasir Mohamed atau M. Nasir.

ARTIKEL BERKAITAN: Mek Yun panik, seram diekori lelaki warga asing... Berani ikut rapat masuk semua kedai, nampak kamera terus lari!

ARTIKEL BERKAITAN: Diekori lelaki warga asing, Mek Yun menyesal tak buat laporan polis

Peguam Richard iaitu Purwadi berkata, Hetty sudah melanggar beberapa undang-undang hak cipta di Indonesia termasuk Artikel 5 dan 4, berkenaan hak moral yang wujud dalam diri pencipta.

Termasuk Artikel 9 dan 8 Undang-undang Hak Cipta mengenai hak ekonomi pemegang hak cipta serta Fasal 113 ayat (2) tentang pelanggaran ekonomi pencipta.

Purwadi menjelaskan hukuman bagi pesalah yang melanggar hak cipta berkenaan adalah penjara dan denda sebanyak Rp500 juta (RM150,000).

size NP 1 - 2024-07-17T122808.463

Richard beri tempoh selama tujuh hari pada Hetty untuk beri maklum balas.

Sebelum ini, Richard pernah menghantar surat tuntutan terhadap penyanyi itu sebanyak tiga tali tetapi ia tidak diendahkan.

Hetty diminta memberikan maklum balas berhubung isu tersebut dalam tempoh tujuh hari untuk menjelaskan perkara sebenar.

Kasih yang dipopularkan Hetty dalam irama keroncong pada asalnya dirakamkan dalam versi bosanova oleh Ermy Kulit pada 1986.

Hetty merakamkan lagu tersebut pada 1987 selepas Kasih menjadi popular dalam kalangan pendengar di Indonesia, Malaysia dan Singpaura.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain