suria

Pulih dari trauma... Johnny Depp dah ‘move on’, kecoh sedang bercinta dengan model cantik

Pelakon Johnny Depp dilaporkan sedang menjalinkan hubungan bersama model Yulia Vlasova.

BAGAIKAN sudah sembuh dari trauma, pelakon Johnny Depp dilaporkan sedang menjalinkan hubungan bersama model Yulia Vlasova.

Memetik laporan Daily Mail, pasangan itu dikatakan sudah dua tahun berhubungan dalam diam.

Bagaimanapun Johnny berkata hubungan mereka belum ke arah percintaan yang serius.

johnny 2

Antara foto mesra Johnny bersama Yulia.

"Kami sudah mengenali antara satu sama lain beberapa tahun ini dan kerap meluangkan masa bersama.

"Tapi kami masih belum bersama secara rasmi," katanya.

Tidak hanya itu, model berusia 28 tahun itu juga dilihat kerap berkongsi kemesraannya bersama Johnny di Instagram miliknya.

Malah pasangan ini juga sudah dikatakan sudah mula mempamerkan hubungan mereka kepada orang ramai selepas muncul bersama di lapangan terbang di London.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat geli tengok gigi kuning Johnny Depp

ARTIKEL BERKAITAN: Johnny Depp menang kes saman fitnah terhadap Amber Heard, dapat ganti rugi RM45 juta

Pada Jun 2022, Johnny memenangi kes saman terhadap bekas isterinya iaitu Amber Heard selepas mendakwa menjadi mangsa dera bekas suaminya itu.

Amber diarahkan membayar ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM65 juta) kepada Johnny kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.

Tujuh juri yang mendengar perbicaraan itu mendapati bahawa artikel ditulis Heard pada 2018 mengenai dakwaan keganasan seksual adalah fitnah dan berniat jahat terhadap Johnny.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain