suria

Empat kali cerai, Nikita Mirzani mahu pasangan hidup tapi tak nak kahwin

Nikita tidak lagi mahu mendirikan rumah tangga selepas sudah empat kali gagal dalam kehidupan tersebut.

PELAKON Nikita Mirzani memberitahu dia tidak mahu lagi berkahwin selepas sudah empat kali bergelar isteri.

Keputusan itu dibuat Nikita, 38, kerana dia telah beberapa kali gagal dalam rumah tangga malah akhirnya terpaksa membesarkan anak sendirian.

Bagaimanapun Nikita masih ingin mencari pasangan hidup namun cuma sekadar menjadi peneman.

size NP 1 - 2024-07-16T104711.849

Nikita hanya mahu cari pasangan hidup tanpa mengikat tali pernikahan.

"Saya tidak mahu berkahwin lagi, kenapa? Kerana saya pernah rasa apa itu perkahwinan.

“Sekarang yang saya cari adalah pasangan hidup,” katanya semasa ditemu bual podcast Outframe.

Dalam pada itu, Nikita berkata dia enggan berkahwin kerana melihat banyak hubungan kekasih masih berkekalan walaupun tidak terikat dengan perkahwinan.

"Perkahwinan bagi saya hanyalah status. Ramai kawan saya yang berkahwin akhirnya bercerai. Berkahwin akhirnya menjalin hubungan sulit.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan sudah berakhir, Nikita Mirzani dedah jadi mangsa dera bekas teman lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih curang dengan puluhan wanita, Nikita Mirzani sanggup mati daripada kembali ke pangkuan Rizky Irmansyah

“Ramai juga kawan saya yang tidak berkahwin tetapi bertahan lama, sehingga lapan tahun.

“Jadi bagi saya, perkahwinan hanyalah satu dokumen sah di negara yang anda sudah berkahwin, itu sahaja,” jelasnya.

Untuk rekod, Nikita sudah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali namun semuanya berakhir dengan penceraian.

Aktres itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Laura Meizani Nasseru Asry (Lolly), Azka Raqila Ukra dan Arkana Mawardi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain