15 tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal, penyanyi Datuk Seri Rossa mengakui pernah terfikir untuk berkahwin lagi. Rossa, 45, bagaimanapun berkata sehingga kini dia masih belum menemui orang yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup. "Ada (terfikir untuk berkahwin semula). Cuma saya belum jumpa orang yang sesuai. Saya tidak mahu gagal lagi," katanya. Rossa bersama Rizky ketika di bual bicara Curhat Bang. Rossa berkongsi perkara itu menerusi program bual bicara Curhat Bang yang disiarkan di YouTube Denny Sumargo pada Isnin. Ditanya hubungannya dengan Afgan, Rossa memberitahu mereka lebih selesa berkawan rapat rapat. Namun mengakui pernah terfikir untuk mendirikan rumah tangga bersama. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Afgan dikatakan bakal berkahwin, nama Rossa pula kena petik ARTIKEL BERKAITAN: Sahabat baik bocor rahsia... Rossa selalu keluar duit untuk Afgan ketika cuti bersama "Pada mulanya, saya dan Afgan berkawan. Cuma lama-kelamaan kami menjadi rapat. Nak kata bercinta itu tidaklah, tapi kami berkawan rapat. "Kami tidak pernah terfikir... baiklah, mari kahwin sahaja. Mungkin ada kalanya kami mempunyai pemikiran itu, tetapi kami tidak ke arah sana," jelasnya. Sementara itu, anak Rossa iaitu Rizky memberitahu dia tidak pernah masuk campur urusan ibunya mahu mencari teman hidup. Malah, dia tumpang gembira jika Rossa menemui kebahagian sendiri. Rossa dan Afgan selesa hanya kekal sebagai kawan rapat. "Ia bukan urusan saya, tetapi apa sahaja yang menggembirakan dia akan menggembirakan saya,” katanya. Untuk rekod Rossa mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Yoyo Padi pada 18 Mac 2004 dan bercerai pada 14 Julai 2009. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Rizky Langit Ramadhan yang kini berusia 18 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!