suria

Dua bulan kahwin, Rizky Febian puji Mahalini... Bijak urus rumah tangga, siapkan sarapan sebelum keluar kerja

Rizky Febian sedang berbunga-bunga dengan isterinya.

SETELAH dua bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Rizky Febian memberitahu isterinya Mahaini Raharja sangat bijak menguruskan hal rumah tangga sampaikan tidak sedar masa berlalu dengan pantas.

Kata Rizky atau Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 26, Mahalini merupakan seorang isteri yang sangat matang dalam menguruskan rumah tangga.

"Bila dia di rumah, Lini tu sangat bijak untuk memanfaatkan momen dan suasana.

rizkuu

Rizky Febian seronok jadi suami.

"Pagi sebelum keluar kerja dia akan siapkan sarapan buat saya," kata Rizky Febian.

Menurut anak kepada pelawak Sule itu, meskipun jadual kerja isteri agak padat namun itu bukan alasan untuk mengabaikan hal rumah tangga.

Malah dia juga mengakui kehidupannya sekarang ini jauh lebih tenang berbanding sebelum bergelar suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga bakal berdepan masalah, bapa Rizky Febian bidas ramalan tukang tilik

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian jalani pembedahan sinus, peminat persoal hidung tiba-tiba jadi mancung

"Walaupun sibuk tapi dia tidak pernah lupa pada saya, kebajikan memang terjaga, dia pandai masak makanan kegemaran saya," ujar Rizky.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain