suria

Tak lekang senyum, lambai tangan kepada peminat... Jin BTS bersemangat bawa obor Sukan Olimpik Paris 2024

Jin cipta sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai pembawa obor Sukan Olimpik Paris 2024.

ANGGOTA kumpulan BTS iaitu Jin berjaya menyempurnakan larian obor Sukan Olimpik Paris 2024 pada Ahad lalu.

Jin atau Kim Seok Jin, 32, mengetuai acara tersebut yang bermula di Muzium Louvre, Paris pada pukul 8 malam bersama ribuan individu lain daripada kalangan atlet, mangsa peperangan dan pekerja am.

Sepanjang membawa obor, penyanyi itu dilihat tersenyum sambil tidak henti-henti melambai tangan ke arah peminat.

Copy of Untitled - 2024-07-15T122314.258

Jin mengetuai acara larian tersebut sejauh 200 meter.

Jin berlari hampir 200 meter sebelum menamatkan lariannya dengan menyerahkan obor berkenaan di pusat larian obor.

Vokalis kumpulan berkenaan sempat berterima kasih kepada pihak penganjur atas penghormatan yang diterima malah menyifatkan ia sebagai peluang sekali seumur hidup.

"Saya rasa amat dihormati apabila dapat menyertai larian obor hari ini. Terima kasih juga kepada peminat ARMY atas sokongan anda," katany.

ARTIKEL BERKAITAN: Jin BTS diberi penghormatan bawa obor Sukan Olimpik Paris 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Jin BTS selesai latihan tentera, Army datang kem siap bawa belon dan kain rentang

Sementara itu, acara larian tersebut turut dipenuhi dengan kehadiran dan sorakan dari peminat BTS atau ARMY.

Rata-rata peminat yang hadir membawa kain rentang yang tertulis kata-kata semangat buat penyanyi itu.

Jelajah larian obor bagi Sukan Olimpik Paris 2024 telah pun berlangsung selama dua bulan bermula di Merseille, Perancis pada 8 Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain