suria

Eason Chan sakit di hospital, isteri upah cef bertaraf ‘Michelin’ sedia makanan

Vicky (kanan) menyediakan sup istimewa buat Eason.

SESUAI dengan statusnya sebagai bintang terkenal Hong Kong, penyanyi Eason Chan mendapat layanan kelas pertama ketika menerima rawatan di sebuah hospital.

Isteri Eason iaitu Hilary Tsui memberitahu dia mendapatkan khidmat cef terkemuka bertaraf bintang Michelin bagi menyediakan makanan sepanjang tempoh rawatan suaminya.

Perkara tersebut didedahkan oleh Hilary yang mengucapkan penghargaan buat cef Vicky Cheng kerana memudahakn urusan ketika suaminya sedang sakit.

eason 2

Keadaan Eason kini beransur pulih.

"Cef Vicky menyediakan sup istimewa buat Eason ketika dia di hospital dan sukar untuk makan. Terima kasih buat dia," katanya.

Vicky merupakan pemilik restoran dua restoran terkenal iaitu VEA dan Wing yang terletak di daerah Central, Hong Kong.

Sementara itu keadaan Eason kini dikhabarkan beransur pulih selepas menerima 30 jahitan di bahagian pipi.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak melawa tak kena tempat, Seulgi Red Velvet tukar kasut dengan pengurus buat netizen geram

ARTIKEL BERKAITAN: Terima hadiah sempena hari jadi ke-45, Gong Yoo sujud atas meja makan tanda penghargaan

Eason, 49, dimasukkan ke hospital akibat keretakan pada bahagian tulang pipi selepas terjatuh ketika bermain tenis awal Jun lalu.

Penyanyi itu dikatakan pengsan akibat mengalami strok haba.

Susulan itu juga di terpaksa menangguhkan dua jadual konsert yang sepatutnya berlangsung pada hujung Jun lalu dan Julai ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain