suria

Nak melawa tak kena tempat, Seulgi Red Velvet tukar kasut dengan pengurus buat netizen geram

Nampak selesa Seulgi semasa berada di lapangan terbang.

NAMA anggota Red Velvet iaitu Seulgi menjadi bualan ramai susulan tindakannya yang dianggap kejam terhadap pengurusnya.

Memetik laporan Allkpop, Seulgi dikatakan telah menukar kasut tumit tinggi dengan pengurusnya bagi keselesaan diri sendiri.

Mana tidaknya, semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan, Seulgi mengenakan pakaian serba hitam dan dipadankan dengan kasut tinggi berwarna kelabu.

seulgi 1

Peminat perasan perubahan kasut Seulgi.

Bagaimanapun apabila tiba di Taiwan, dia mengenakan kasut sukan pengurusnya berjalan dengan kasut tumit tinggi miliknya.

Malah pengurusnya dilihat seakan tidak selesa mengenakan kasut tumit tinggi semasa berjalan bersamanya.

Perkara itu menjadi bualan hangat netizen yang rata-rata menganggap Seulgi menyalah guna kuasa sebagai majikan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Putihnya muka, salah pakai bedak ke?” - Solekan Irene Red Velvet dikritik netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Red Velvet Tukar Warna Rambut Untuk Album Baharu

Mereka juga berpendapat Seulgi sepatutnya memikirkan akibat berjalan jauh menggunakan kasut tumit tinggi dan tidak menyusahkan orang lain.

"Dia pergunakan pengurus dia untuk rasa lebih selesa. Pengurus bukan hamba!

"Kenapa pengurus dia kena tanggung rasa sakit? Patutnya dia sudah fikir kesannya.

"Dia patut beli baru bukan ambil orang lain punya, antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain