suria

Peminat tegur perubahan selepas bedah hidung, Mahalini nampak canggung dan tak mesra

Reaksi Mahalini di atas pentas menjadi bualan ramai.

KEMUNCULAN penyanyi Mahalini dalam sebuah acara di Indonesia menjadi bualan ramai kerana dilihat agak canggung ketika berada di atas pentas.

Raut wajah serta cara percakapannya juga menjadi tanda tanya ramai kerana tidak mesra seperti kebiasaan dia tampil menghiburkan peminat.

Susulan itu ramai menganggap penyanyi ini seperti kurang keyakinan diri selepas didakwa melakukan pembedahan pada bahagian hidung.

mahalini 2

Perubahan wajah Rizky dan Mahalini menjadi bualan.

"Dia nampak berbeza. Senyumannya seperti tidak lepas. Adakah kesan selepas pembedahan?

"Mahalini nampak malu-malu. Dia seperti tiada keyakinan diri," komen netizen pada video yang tular di media sosial.

Mahalini tampil bersama suaminya iaitu Rizky Febian sebagai penyanyi dalam Konsert Paling Romantis di sebuah stesen televisyen di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul buat pertama kali selepas pembedahan hidung, peminat hampir tak kenal Mahalini

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian jalani pembedahan sinus, peminat persoal hidung tiba-tiba jadi mancung

Sementara itu berkongsi kehidupan selepas mendirikan rumah tangga, kata Rizky mereka jarang bertemu disebabkan sibuk dengan kerja.

Namun Rizky menyifatkan isterinya bijak menguruskan rumah tangga sekali gus memanfaat waktu berdua walau dalam tempoh singkat.

"Ada ketika saya dan Mahalini berada di dua daerah berbeza. Walau jarang bertemu saya amat suka apabila isteri tahu memanfaatkan momen dan suasana bersama.

mahalini 3

Mahalini dan Rizky jarang berjumpa selepas berkahwin.

"Dia akan siapkan air minuman buat saya pada waktu pagi," katanya.

Untuk rekod, Mahalini dan Rizky bernikah pada 10 Mei lalu dan acara pernikahan mereka berlangsung di sebuah hotel mewah di Jakarta, Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain