TINDAKAN pengurus akaun media sosial jenama kosmetik antarabangsa membalas komen negatif ditujukan kepada anggota kumpulan Twice mengundang kemarahan peminat. Komen tersebut ditinggalkan selepas jenama itu memuat naik foto dutanya iaitu Sana ketika menghadiri sebuah acara di Tokyo, Jepun. Dalam hantaran berkenaan, seorang pengguna Instagram menulis komen berbaur kebencian apabila membandingkan Sana dengan anggota Blackpink iaitu Rose. Jenama tersebut sudah pun memohon maaf kepada Sana. "Tiada siapa boleh lawan duta sebenar iaitu Rose, tiada siapa!" komen salah seorang netizen. Komen tersebut dibalas dengan tanda hati oleh pengendali akaun media sosial tersebut seolah-olah bersetuju dengan kenyataan individu itu. Susulan itu, rata-rata netizen menggesa jenama berkenaan untuk memohon maaf kepada Sana atas komen yang mengguris hati penyanyi itu. ARTIKEL BERKAITAN: Beraninya Mina (Twice) tampil fesyen tayang seluar dalam, peminat tegur terlalu seksi ARTIKEL BERKAITAN: Disahkan negatif Covid-19, Sana Twice tetap ambil langkah berjaga-jaga kuarantin diri Sedar akan kesilapan yang dibuat, jenama tersebut tampil memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar. "Salah seorang pengurus komuniti kami tersilap membalas satu komen negatif mengenai duta kami, Sana. "Kami memohon maaf kepada Sana dan semua peminatnya sekiranya tindakan kami mengguris hati mereka. "Bagaimanapun, komitmen kami menyokong semua duta kekal sama dan tidak berubah," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!