suria

Eddie Murphy dan Paige Butcher akhirnya berkahwin selepas 7 tahun bertunang

Eddie dan Paige sedondon mengenakan baju berona putih di hari bahagia.

SELEPAS tujuh tahun mengikat tali pertunangan, pelakon dan pelawak Eddie Murphy dan pasangannya iaitu Paige Butcher selamat berkahwin.

Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Caribbean pada 9 Julai lalu.

Memetik laporan People, majlis tersebut hanya dihadiri rakan dan suadara kedua-dua belah keluarga.

eddie 3

Pasangan ini mempunyai dua orang cahaya mata bersama.

Lebih menarik lagi apabila anak-anak Eddie turut hadir ke majlis tersebut dan mengenakan baju berwarna putih.

Mereka juga dikatakan mengenakan pakaian sedondon berona putih.

Eddie mula berkenalan dengan Paige sekitar tahun 2012 dan mengikat tali pertunangan pada 2018.

ARTIKEL BERKAITAN: Eddie Murphy Jadi Pengacara Anugerah Oscar?

ARTIKEL BERKAITAN: Eddie Murphy Mahu Jadi Prof Klump Lagi

Pelakon berkenaan pernah berkahwin dengan Nicole Mitchell namun berpisah pada 2005 selepas 12 tahun bersama.

Dia juga merupakan bapa kepada 10 orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain