PELAKON drama televisyen hit 90-an Beverly Hills iaitu Shannen Doherty meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara pada Sabtu lalu. Berita pemergian aktres berusia 53 tahun itu disahkan sendiri oleh pengurus peribadinya iaitu Leslie Slone pada Ahad. Berat hati berkongsi berita duka berkenaan, Leslie memberitahu Shannen ditemani ahli keluarga sebelum menghembuskan nafas terakhir. Shannen menghembuskan nafas terakhir dengan ditemani keluarga rapat disisi. "Dengan berat hati saya mengesahkan kematian pelakon, Shannen. “Pada hari Sabtu, 13 Julai, dia tewas dalam perjuangannya melawan kanser setelah bertahun-tahun berjuang dengan penyakit tersebut. “Pada saat kematiannya Shannen dikelilingi oleh orang tersayang serta anjingnya, Bowie. Keluarga memohon privasi mereka untuk berkabung dengan aman,” katanya. Sebelum ini, Shannen secara terbuka berkongsi perjalanannya melawan penyakit kanser payudara yang dihidapi sejak 2015 sehingga dia disahkan bebas dari penyakit berkenaan pada 2017. ARTIKEL BERKAITAN: Bintang filem ‘John Wick’ Lance Reddick meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak terkenal Bob Saget ditemukan mati dalam bilik hotel Bagaimanapun, dia menerima ujian sekali lagi apabila penyakit berkenaan menyerang kembali pada 2019 sehingga kansernya itu berada pada tahap empat. Memulakan kerjaya lakonan pada usia 11 tahun, Shanen sudah membintangi ratusan karya sepanjang usia kerjayanya yang menjangkau 40 tahun. Antara lakonan karya yang menaikkan nama beliau dalam industri termasuklah Little House on the Pairie, Beverly Hills, 90210 dan Charmed. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!