PENAMPILAN terkini penyanyi PSY yang semakin kurus mengundang kritikan netizen. Mana tidaknya, PSY dikatakan kelihatan tua apabila saiz badannya yang agak berisi sebelum ini semakin menyusut. Mengulas hal berkenaan, PSY atau Park Jae-sang, 46, memberitahu dia berasa tertampar dengan setiap krtikan yang ditujukan kepadanya. PSY melahap semua makanan kerana terkesan dengan kecaman netizen Justeru, dia mengambil keputusan untuk menjamah pelbagai jenis makanan termasuk sup daging khinzir untuk meningkatkan berat badannya. "Selepas dikritik hebat kerana berat badan, saya dengar peminat cakap saya nampak cengkung dan tua. "Sebab itu saya makan daging, kimchi, dan lada dengan penuh lahap. Saya tak dapat bezakan sama ada itu sup atau air mata saya!" katanya. ARTIKEL BERKAITAN: PSY kongsi kisah di sebalik kejayaan lagu ‘Gangnam Style’ ARTIKEL BERKAITAN: PSY, Siwon bintang Kpop paling kaya! PSY memuat naik video dia sedang menikmati makanan tersebut menerusi platform media sosial miliknya. Dalam pada itu, pelantun lagu Gangnam Style itu turut memohon maaf kepada peminat atas kecuaiannya menjaga penampilan sebagai seorang bintang antarabangsa. "Saya minta maaf kepada semua peminat, saya janji akan perbaiki diri," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!