suria

Bengang tak boleh ambil duit tip dari pengunjung kelab malam, Nathalie Holscher mahu guna beli susu anak

Nathalie Holscher kerja keras cari duit untuk besarkan anak selepas bercerai dengan Sule.

BEKAS isteri kepada pelawak Sule iaitu Nathalie Holscher meluahkan rasa bengang tidak dibenarkan mengambil wang daripada pengunjung ketika bekerja sebagai deejay (DJ) di sebuah kelab malam.

Kata Nathalie, 32, duit tip diterima itu bukanlah untuk dirinya seorang, sebaliknya dikongsi bersama rakan sekerja lain.

"Saweran (kutip wang dari pengunjung) ada adab dan bahagiannya. Saya juga tahu berapa banyak yang perlu diberikan kepada anak buah saya dan pengacara majlis," katanya.

size NP 1 - 2024-07-15T154609.967

Nathalie sibuk jadi DJ untuk dapatkan duit teruskan hidup bersama anak.

Kata Nathalie dia bengang kerana duit tersebut mahu digunakan untuk membeli susu anaknya iaitu Adzam.

Malah dia bekerja keras mencari sumber pendapatan bagi meneruskan hidup bersama anaknya itu.

Biarpun Sule diwajibkan memberikan nafkah untuk anak mereka bernilai Rp25 juta (RM7,200) sebulan, namun Nathalie enggan menerimanya kerana mahu memulakan hidup baru tanpa bayangan bekas suaminya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas buka tudung, Nathalie Holscher kembali jadi DJ kelab malam... Cari duit untuk tanggung hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Sule dedah hampir bercerai dengan Nathalie Holscher... Anak dalam kandungan jadi penyelamat rumah tangga

Katanya, dia masih mampu hidup berdikari dan disebabkan itu dia memutuskan untuk kembali bekerja sebagaI DJ kelab malam semula.

Nathalie mula aktif menjadi DJ pada 2018 dan pernah tersenarai dalam calon 100 DJ terbaik pada tahun itu.

Untuk rekod, Nathalie berkahwin dengan Sule pada November 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Rumah tangga pasangan itu dilanda badai pada 2021 sebelum sah bercerai pada Ogos 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain