suria

Virgoun tulis ‘surat cinta’ buat ibu dari dalam penjara, minta maaf selalu jadi anak nakal

Virgoun minta maaf atas kesalahannya kepada Eva.

MESKIPUN berada di bawah tahanan pihak berkuasa, penyanyi Virgoun masih sempat menulis surat cinta buat ibunya iaitu Eva Manurung.

Tersentuh hati ketika menerima surat berkenaan, Eva, 60, berkata Virgoun mengingatkannya untuk sentiasa menjaga kesihatan.

Malah Virgoun meluahkan rasa bersalah selepas mengetahui ibunya jatuh sakit akibat tekanan teruk.

Copy of Untitled - 2024-07-16T170855.140

Eva tersentuh hati menerima surat cint dari Virgoun.

"Dia beritahu saya yang ada surat cinta ditulis untuk saya, saya tak sangka!

"Dalam surat itu, dia minta saya untuk sentiasa jaga kesihatan dan jangan pedulikan apa yang netizen cakap.

"Dia tak nak saya rasa tertekan setiap kali mendengar kecaman orang tentang dia," katanya.

Dalam pada itu, Virgoun turut meminta maaf kepada Eva atas perbuatannya selama ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Malu anak-anak tahu kena tangkap sebab dadah, Virgoun terpaksa menipu sedang sakit di hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Ikut nasihat ustaz, Inara sudah bersedia cerita perkara sebenar tentang Virgoun kepada anak-anak

"Dia pun ada minta maaf sebab selalu jadi anak yang nakal," ujarnya.

Pada 20 Jun lalu, Virgoun dan seorang wanita ditahan pihak berkuasa di sebuah rumah di Ampera, Jakarta Selatan.

Penyanyi itu ditahan selepas didapati mengambil barang terlarang dan polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 0.2 gram.

Virgoun dan wanita yang bersamanya turut positif dadah selepas ujian air kencing dilakukan.

2767311

Virgoun dicekup pada 20 Jun lalu bersama dadah seberat 0.2 gram.

Virgoun boleh dikenakan hukuman penjara empat tahun mengikut undang-undang berkaitan dadah di Indonesia.

Untuk rekod, Virgoun pernah mendirikan rumah tangga bersama Inara Rusli selama 10 tahun sebelum bercerai tahun lalu.

Sejak itu kehidupan penyanyi berkenaan sering dilanda masalah berpunca daripada tekanan akibat penceraian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain