suria

Nam Yoon Soo dipuji peminat, derma buah pinggang kepada bapa

Yoon Soon gembira dapat berbakti kepada bapanya.

TINDAKAN pelakon Nam Yoon Soo mendapat pujian peminat apabila mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada bapanya.

Allkpop melaporkan pelakon berusia 27 tahun itu selamat menjalani pembedahan tersebut pada 19 Jun lalu di sebuah hospital di Korea Selatan.

Mereka juga sudah dibenarkan pulang malah Yoon Soo akan kembali aktif dalam bidang lakonan selepas tamat tempoh berehat.

1721117790-0000502016-002-20240716152912974

Yoon Soon sempat bergambar bersama jururawat ketika di hospital.

Menurut sumber, pelakon itu awalnya ingin merahsiakan tindakan tersebut namun dinasihatkan untuk berkongsi kepada umum sebagai inspirasi kepada orang ramai.

Susulan itu, Yoon Soo dalam sebuah hantaran berkata dia menganggap ia sebagai tindakan wajar dilakukan sebagai seorang anak.

Malah dia gembira dapat memberikan kehidupan yang lebih baik buat bapanya selepas ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati tengok lakonan sendiri, Yoon Ji On tertekan bawa watak utama

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tegur makin kurus... PSY sedih baca komen peminat, terus tak berhenti makan

"Saya melihat perkara ini sebagai perkara biasa yang perlu dilakukan. Saya gembira dapat lakukan ini untuk ayah saya.

"Saya terharu menerima ramai sokongan dan buat yang sedang menunggu penderma saya harap awak semua bersabar," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain