suria

Hetty Koes Endang bersuara isu langgar hak cipta ‘Kasih’, minta penganjur konsert bertanggungjawab

Hetty tampil jelaskan hal sebenar.

PENYANYI Hetty Koes Endang tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan melanggar hak cipta lagu milik komposer Richard Kyoto tentang karya berjudul Kasih.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan iaitu HKE Management, tuduhan mengubah lirik yang dilakukan pada konsert tahun 2015 itu adalah atas permintaan penganjur.

Malah ketika menyanyi lagu tersebut menerusi Konsert Satu Suara Volume 2 di Malaysia, Hetty menjelaskan isu menukar lirik dan kredit komposer adalah atas tanggungjawab penganjur.

hetty 2

Hetty menyanyi hanya mengikut permintaan penganjur.

"Penyanyi hanya menjalankan tugas sesuai mengikut kontrak, menyanyikan lagu-lagu yang diminta penganjur dengan lirik yang disediakan. Penyanyi tiada urusan dengan komposer atau pencipta lagu.

"Jika terdapat kesalahan lirik dan kesalahan cetak nama pencipta lagu adalah tanggungjawab penganjur, bukan penyanyi," ujarnya.

Menerusi keterangan tersebut pihak Hetty turut menyebut Siti Nurhaliza Production (SNP), Universal Music Malaysia (UMM) dan Luncai Emas Sdn Bhd sebagai yang terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyi ‘Kasih’ di Malaysia tanpa izin, Hetty Koes Endang berdepan hukuman penjara dan denda RM150,000

ARTIKEL BERKAITAN: Hetty Koes Endang mahu berehat, sudah penat buat konsert

Malah dia juga menegaskan pihaknya tidak layak mendapat royalti apabila konsert tersebut dirakam dan dicetak dalam bentuk DVD untuk jualan komersial.

Richard sebelum ini mendakwa Hetty menyanyikan lagu tersebut tanpa izin setra menukar lirik ketika konsert berkenaan.

Tidak hanya itu, dia juga mendakwa rakaman persembahan itu dijual meneruis label SNP dan UMM tanpa mendapat persetujuannya sebagai pencipta lagu.

hetty 3

Richard (kiri) dakwa Hetty langgar hak cipta lagu.

Apa yang menyedihkan, kredit nama pencipta lagu ditukar kepada Datuk Mohamad Nasir Mohamed atau M. Nasir.

Peguam Richard berkata Hetty melanggar undang-undang hak cipta negara Indonesia dan berdepan hukuman penjara dan didenda sebanyak RM150,000 jika disabitkan kesalahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain