IBU kepada penyanyi Virgoun meluahkan rasa kecewa apabila dia tidak dibenarkan melawat anaknya yang ketika ini sedang ditahan di sebuah pusat pemulihan dadah. Eva, 60, berkata, dia hanya dibenarkan mengirim beberapa barang untuk kegunaan anaknya di dalam pusat pemulihan tersebut. "Saya tidak dibenarkan jumpa dia, sebab dia masih menerima rawatan. Eva merindui Virgoun yang sudah lama tidak ditemui. "Bawa makanan pun tak boleh cuma dapat tinggalkan duit untuk dia makan di kantin pusat pemulihan itu," katanya. Memahami kegemaran anaknya, Eva turut mengirimkan sebatang pen dan buku agar boleh menghasilkan karya sementara menunggu tempoh pemulihan selesai. "Saya juga kirim buku dan pen kepada jururawat untuk serahkan kepada Virgoun supaya dia tak berhenti berkerja di dalam itu. ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun tulis ‘surat cinta’ buat ibu dari dalam penjara, minta maaf selalu jadi anak nakal ARTIKEL BERKAITAN: Malu anak-anak tahu kena tangkap sebab dadah, Virgoun terpaksa menipu sedang sakit di hospital "Mana tahu di dalam dia boleh dapat inspirasi dan boleh mencipta karya yang menarik," kongsinya. Pada 20 Jun lalu, Virgoun dan seorang wanita ditahan pihak berkuasa di sebuah rumah di Ampera, Jakarta Selatan. Penyanyi itu ditahan selepas didapati mengambil barang terlarang dan polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 0.2 gram. Virgoun dan wanita yang bersamanya turut positif dadah selepas ujian air kencing dilakukan. Virgoun ditahan bersama seorang wanita pada Jun lalu. Virgoun boleh dikenakan hukuman penjara empat tahun mengikut undang-undang berkaitan dadah di Indonesia. Untuk rekod, Virgoun pernah mendirikan rumah tangga bersama Inara Rusli selama 10 tahun sebelum bercerai tahun lalu. Sejak itu kehidupan penyanyi berkenaan sering dilanda masalah berpunca daripada tekanan akibat penceraian. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!