suria

Hetty Koes Endang tenang, sudah hubungi Siti Nurhaliza isu langgar hak cipta ‘Kasih’

Hetty dan Siti saling berkomunikasi selepas dakwaan langgar hak cipta.

PENYANYI terkenal Indonesia iaitu Hetty Koes Endang sudah menghubungi Datuk Seri Siti Nurhaliza susulan kekecohan dakwaan dia melanggar hak cipta lagu berjudul Kasih.

Suami Hetty iaitu Yusuf Faishal memberitahu menerusi perbualan tersebut Siti menjelaskan dia hanya bertindak sebagai penerbit dan isu berkaitan rakaman DVD adalah di bawah Universal Music Malaysia (UMM).

Susulan itu, pihaknya menyerahkan kepada syarikat rakaman berkenaan selaku pengedar DVD Konsert Satu Suara Volume 2 yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada November 2015.

hetty 22

Hetty dan suami tenang berdepan isu langgar hak cipta.

"Sudah berkomunikasi dengan Siti dan dia serahkan kepada UMM. Siti hanya menerbitkan konsert, soal rakaman (album) adalah di bawah UMM.

"Mereka juga sudah siapkan pasukan peguam. Itu yang sepatutnya, bukan penyanyi," katanya seperti dilaporkan Liputan6.

Tindakan menghubungi pihak-pihak berkenaan dibuat selepas komposer Richard Kyoto mendakwa Hetty, 67, menyanyikan lagu Kasih tanpa keizinan selain menukar lirik karya ciptaannya itu pada konsert berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hetty Koes Endang bersuara isu langgar hak cipta ‘Kasih’, minta penganjur konsert bertanggungjawab

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyi ‘Kasih’ di Malaysia tanpa izin, Hetty Koes Endang berdepan hukuman penjara dan denda RM150,000

Selain itu, Richard mempertikaikan lagu tersebut yang dinyanyikan Hetty dimasukkan dalam album DVD konsert tersebut.

Menjawab dakwaan tersebut, pihak pengurusan Hetty iaitu HKE Management sebelum ini telah menjelaskan situasi sebenar di mana hanya mengikut permintaan penganjur.

Hetty menyebut Siti Nurhaliza Porduction sebagai penerbit konsert dan UMM pula sebagai pengedar rakaman DVD yang dijual secara komersial.

hetty 3

Richard (kiri) dakwa Hetty langgar hak cipta lagu Kasih.

Sementara itu, Hetty pula memberitahu isu yang sedang hangat diperkatakan kini tidak mengganggu jadual harian dan meminta orang ramai mendoakan untuknya.

"Sehingga sekarang ini saya masih tenang. Doakan saya supaya sama-sama dapat jalan penyelesaian," ujarnya dalam temu bual yang berlangsung pada Rabu.

Berhubung dakwaan yang dibuat Richard, penyanyi ini boleh dikenakan hukuman penjara dan denda sebanyak RM150,000 jika sabit kesalahan melanggar akta hak cipta negara Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain