RASA simpati netizen terhadap Tamara Tyasmara bertukar benci apabila pelakon berkenaan dilihat kembali menjalani kehidupan normal selepas kematian anak lelakinya pada 27 Januari lalu. Orang ramai mula meluat melihat Tamara, 29, yang aktif menghasilkan content di media sosial miliknya serta sudah pun kembali berlakon. Menerusi salah satu hantaran di TikTok, Tamara merakam aksinya sedang menari bersama salah seorang pelakon dalam drama terbaharunya seperti tiada apa-apa berlaku. Tamara meminta netizen berhenti menjaga tepi kainnya. Video berkenaan membuatkan netizen berang dan mengkritik aksi pelakon itu walaupun baru sahaja kehilangan anak tersayang. Tidak berdiam diri dengan komen jahat terhadapnya, Tamara sebaliknya menyelar netizen agar tidak menjaga tepi kainnya memandangkan mereka tidak mengetahui apa dilaluinya sejak kehilangan anak tersayang. "Belum pernah rasa anak mati, kan? Jadi diam saja dan jangan menyibuk! ARTIKEL BERKAITAN: Tamara Tyasmara tetap sedia kuih dan baju Dante, yakin roh akan pulang di hari raya ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih dibawa ke lokasi pembunuhan anak, Tamara Tyasmara mahu benam kepala Yudha dalam kolang renang "Yang tulis komen jahat, jom kita jumpa! Biar anda tengok macam mana kehidupan saya selama 24 jam," katanya. Anak Tamara iaitu Allahyarham Dante meninggal dunia selepas ditemukan mati lemas di sebuah kolam renang. Hasil siasatan mendapati kekasih Tamara iaitu Yudha Arfandi yang membunuh kanak-kanak malang berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!